Friday, November 27, 2009

Pengajian AM (Kertas1) Bab 2.

Perlembangaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri(Bahagian1)


1.Perlembagaan Persekutuan.

a)Malaysia mempunyai perlembagaan yang bertulis dipanggil Perlembagaan Persekutuan.
b)Dikuat kuasakan pada 31Ogos 1957D.
c)Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Ried, Sir Ivor Jenning (Britain), Sir William Mckell (India), dan hakim A.Hamid (Pakistan)
d)Digubal berdasarkan 131 Memorandum yang diserah oleh parti politik dan perutubuhan Tanah Melayu.
e)Dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.
f)Megandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
g)Dikanunkan dan boleh dipinda.
h)Memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.

2.Konsep Tertinggi Perlembangaan.

a)Perlembangan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
b)Parlimen atau badan perundangan, badan kehakiman, dan badan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
c)Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
d)Sebarang undanag-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang berlawanan dengan Perlembangaan Persekutuan.

3. Kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam jadual.

Bahagian Butir-butir Perkara

1 Negeri-negeri Agama, dan Udang-undang Persekutuan. Perkara 1-4
2 Kebebasan Asasi Perkara. 5-13
3 Kewarganegaraan Perkara 14-31
4 Persekutuan Perkara 32-69
5 Neger-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri-negeri Perkara 73-95E
7 Peruntukan-Peruntukan Kewangan Perkara96-112E
8 Pilihanraya Perkara113-120
9 Kehakiman Perkara121-131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara142-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
kuasa Darurat. Perkara149-151
12 Am dan Pelbagai Perkara152-160
13 Perlindungan Tambahan bagi Negeri-negeri Sabah dan
Sarawak. Perkara161-161H
14 Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183

4.Ciri-Ciri Kerajaan Malaysia yang digariskan dalam Perlembagaan persekutuan.

a)Malaysia mengamalkan Kerajaan Persekutuan terdapat Kerajaan Persekutuan dan Kerjaan Negeri.
b)Raja berperlembagaan.
d)Demokrasi Berparliman dan parlimen bercorak Westminster.
e)Parlimen dwidewan iaitu Dewan rakyat dan Dewan Negara.
f)Ketertinggian Perlembagaan.

5. Kebebesan Asasi Warganegara Malaysia.


a)Kebebesan Diri.
1)Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebesan dirinya kecuali menurut undang-undang.
2)Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih dari 24jam kecuali selepas dibawa kehadapan seorang majistret untuk mendapatkan tahanan.
3)Seseorang Warganegara yang ditangkap oleh pihak pilis hendaklah diberitahu sebabnya dia ditangkap seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh peguam itu.
4)Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon habaeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

b)Pengabdian dan kerja paksa.

1)Tiada warganegara pun boleh ditahan sebagai abdi.
2)Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

c)Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
1)Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalan disisi undang-undang.
2)Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakn semula kerana kesalahan itu.

d)Sama rata
1)Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
2)Seseorang warganegara tidak boleh di diskriminasi dari segi agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.

e)Larangan buang negeri dan kebebesan bergerak.
1)Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan.
2)Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya seluruh persekutuan dan bermastautin dimana-mana bahagiannya.

f)Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan.
1)Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan pendapatnya.
2)Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
3)Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

g)Kebebesaan agama
Setiap warganegara berhak mengamal dan menganut agamanya.

h)Hak-hak berkenaan dengan pendidikan.
1)Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaun, keturunan atau tempat lahir.
2)Tiap-tiap kumpulan agamaberhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.

i)Hak terdahap harta.
1)Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
2)Tiada undang-undang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengna paksa tanpa pampasan yang mencukupi.

f)Sekatan terhadap kebebsan asasi warganegara.
1. Undang-undang Subversif - Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara.
2.Undang-undang darurat- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan pasukan keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh sesiapa sahaja mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan.
3.Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) 1960- Seseorang boleh ditahan tidak melebihi dua tahun tanpa perbicaraan jika ada pandangan kerajaan, orang itu megancam keselamatan negara.
4.Akta universiti dan Kolej Universiti 1971- para pelajar dilarang bergerak aktive dalam politik.
5.Akta Rahsia Rasmi 1972- Melindungi dokumen dan makluma negara yang diklasfikasikan sebagai rahsia rasmi; semura, orang termasuk rakyat dan bukan rakyat, yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.
6.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebesan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
7.Akta Hasutan 1948- Rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja, dan kewarganegaraan.
8.Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak- Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

g)Kewarganegaraan (Perkara 14-31).
Kelayakan menjadi warganegara Malaysia:
1-kuat kuasa undang-undang.
2-pendaftaran.
3-kemasukan (naturaliasasi/ pewarganegaraan).
4-percantuman wilayah,

Kuat Kuasa Undang-undang.
1.Pekara 14(1)(a):Setiap orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia (16September 1963) dan merupakan warganegara Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut;
a-dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
b-dia dilahirkan di Persekutuan selepas September 1962 dan pada masa pada kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan, atau dia menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya.
c-dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada masa kelahiranya sekurang-kurangnya ibu atau bapanya awarganegara atau bermastautin tetap Persekutuan, atau dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya.
d-dia dilahirkan diluar Perrsekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada masa kelahirnya, bapanya seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuan atau pada kelahiranya itu berada dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
e-dia dilahirkan diluar Persekuatan pada atau selepas Hari Merdeka dan pada kelahiran itu, bapanya seorang , dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiranya itu di pejabat konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak Brunei, atau Borneo Utara.
2. Perkara 14(1)(b): Seseorang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
a-dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibubapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di persekutuan.
b-dia dilhairkan diluar Persekutuan dan pada masa kelahiranya bapanya seorang warganegara dan dihlahirkan di Persekutuan, atau pada masa kelahiranya bapanya berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
c-diadilahirkan diluar Persekutuan dan pada masa kelahiranya itu bapanya seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftar kelahiranya itu di pejabat konsul Persekutuan , atau kelahrian itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di Brunai.
d-dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekrang-kurangnya ibubapanya seorang warganegara.
e-dia dilahirkan di persekutuan dan pada masa kelahiranya dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara.

Pendfataran


Kewarganegaraan Malaysia boleh dipohon melalui pendaftaran dengan syarat-syarat tertentu sepertu yang diberikan dibawah ini:
i)Perempuan yang bersuami [Perkara 15(1)]
- Perkawinan didaftarkan di persekutuan
- Pada tarikh permohonan dia masih bersuami dan suaminya seorang warganegara permualanbulan October 1962
-telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat untuk bermastautin tetap di Persekutuan.
-dia berkelakuan baik
ii)Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun [Perkara 15(2)].
-sekurang-kurangnya ibu atau bapa seorang warganegara.
iii)Seseroang yang berumur 18tahun atau lebih dan dilahirkan di Persekutuan sebelum hari Merdeka (Perkara16)
-dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-sekurangnya 5 tahun dalam tempoh 7 tahun sebelum tarikh permohonan itu.
-dia berniat hendak bermastautin tetap di persekutuan .
-dia berkelakuan baik.
-mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa Melayu
iv)Seseorang yang berumur 18 tahun ataulebih dan biasanya bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia (Perkara 16A).
-dia telah bermastautin di wilayah-wilayah yang terkandung dalam negeri-negeri itu sebelum Hari Malaysia dan selepas Hari Malaysia, dia bermasatautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 7 tahun dalam tempoh 10 tahun sebelum tarikh permohonan itu.
-dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan.
-dia berkelakuan baik.
-dia mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayau atau bahasa Inggeris.



Kemasuakan (Naturalisasi/Pewarganegaraan)

Menurut Perkara 19(1), seseroang yang berumur lebih daripada 21 tahun dan bukan warganegara boleh memohon kewarganegaraan Malaysia melalui kemasukan dengan syarat bahawa:
a)dia telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan itu
b)dia berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan
c)dia berkelakuan baik
d)dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

Percantuman Wilayah
Menurut Perkara 22, jika sesebuah wilayah baru dimasukkan kedalam Malaysia selepas hari Malaysia (16 September 1963), Parlimen boleh, melalui undang-undang, menentukan warganegara wilayah itu yang akan menjadi warganegra Malaysia atas sebab hubungan dengan wilayah itu dan tarikh mulanya mereka akan menjadi warganegara.

h)Cara Penamatan Kewarganegaraan
1.Menurut Perkara 23(1), seseorang warganegara yang ingin menolak kewarganegaraan Persekutuan mestilah mematuhi syarat-syarat berikut:
a)dia berusia 21 tahun atau lebih
b)dia sempurna akalnya
c)dia warganegara negara lain atau hendak menjadi warganegara negara lain

2)Akuan pernolakan kewarganegaraan itu hendaklah didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

3)Walau bagaimanapun, jika Persekutuan terlibat dalam sesuatu peprangan semasa akuan itu dibuat, akuan itu tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pelucutan
Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkaa 24 Perlembagaan Persekutuan
1)Menurut Perkara 24(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing dengan cara pendaftaran, kemasukan, atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan.

2)Menurut Perkara 24(2), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang warganegara jika berpuasti hati orang itu telah menuntut dan menggunakan apa-apa kewarganegaraan negara asing dengan sengaja.

3)Menurut Perkara 24(4), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang perempuan jika berpuas hati bawa perempuan itu memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara asing atas sebab perkahwinan dengan sorang bukan warganegara.

Pelucutuan Kewarganegaraan di bawah Perkara 25 Perlembagaan Persekutuan.
1)Menurut Perkara 25(1), Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa:
a)orang itu tidak setia atau tidak suka akan Persekutuan, melalui percakapan atau perbutannya.
b)orang itu semasa peperangan yang melibatkan Persekutuan, telah berniaga autau membuat hubugan dengan musuh secara menyalah undang-undang atau meyertai urusan yang boleh menolong musush dalam peperangan itu;
c)orang itu, dalam tempoh lima tahun bermula dari pendaftaran atas dari tarikh perakuan diberkan, telah melakukan kesalakan di mana-mana nengara dan dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang dari pada RM5000 atau senilai dengan mata wang negara itu, dan orang itu tidak diampuni bagi kesalahan itu.

2)Menurut Perkara 25(1A), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu, dengan tidak mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan, telah menerima apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah kerajaan mana-mana negara asingatau man-man bahagian siasahnya, atau dibawah mana-mana agensi atau mana-mana agensi kerajaan asing itu, jika sumpah ikar, atau akaun taaat setia dikehendaki tentang jawatan atau pekerjaan itu.
3)Menurut Perkara 25(2), Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara denganc ara pendaftaran atau kemasukan jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara asing selama lima atahun berturut-turut dana dalam tempoh orang itu
a)tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan.
b)tidak medaftarkan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya di pejabat Konsul Persekutuan setiap tahun.

Pelucutan Kewarganegaraan di bawah Perkara 26 Perlembagaan Persekutuan
1)Menurut Perkara 26(1), Kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan seseorang yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kamasukan jika berpuas hati bahawa pendaftaran atau perakuan kemasukan itu;
a)telah didapai dengan jalan tipuan, pernyataan palsu, atau dengan meyembunyikan sesuatu kenyataan itu, atau;
b)telah dibuat atau diberikan dengan silap.

2)Menurut Perkara 26(2), kerajaan Persekutuan boleh, dengan perintah, melucutkan kewarganegaraan perempuan yang menjadi warganegara dengan cara pendaftaran atau kemasukan jka berpuas hati bahawa perkahwinan yang menyebabkan perempuan itu boleh didaftarkan sebagai warganegara telah dibubarkan atas apa-apa sebab, dalam tempoh dua tahun bermula dari tarikh perkahwinan itu.

No comments:

Post a Comment