Friday, November 27, 2009

Pengajian AM (Kertas 1) Bab 1


1. KONSEP NEGARA


Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat atau komuniti yang mendiami sebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.


Ciri-ciri yang harus ada dalam pembinaan negara adalah :


a)sempadan yang jelas dan diiktiraf
b)penduduk yang tetap
c)kerajaan yang teratur
d)kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara dan kebesaan
e)mengadakaan hubungan dengan negara-negara lain
f)perlembagaan atau perundangan


Fahaman-faham utama


Demokrasi


1)Adalah sistem yang ditentukan oleh rakyat.
2)Diamal dan dianuti olah orang-orang Yunani di Athens


Ciri-ciri negara demokrasi
a)Pilihanranya (Hak rakyat untuk mengundi)
b)Kebebesan bersuara (Hak Sivik)
c)Kebebesan Akhbar dan akses kepada media lain
d)Kebesan berpersatuan
e)Kerajaan di bentuk memalalui pilihanraya (suara majoriti)


Fasisme


a)Diperkenalkan oleh Benito Mussolini di Itali pada tahun 1929.
b)Kepentingan negara melelebi dari kepentingan individu atau rakyat.
c)Mementingkan perpaduan masyarakat bangsa yang sama.
d)Meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korprastisme, totalitarianisme, anti komunisme dan anti libralisme.
e)Fahaman ini terkubut apa bila Mussolini selepas Perang Dunia Kedua disebabkan kematian nya.



Nazisme


a)Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930-an.
b)Fahaman ini amat kejam.
c)Fahaman yang mencentuskan Perang Dunia Kedua dan pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam dalam sejarah manusia.
d)Fahaman ini terkubur apabila hitler membunuh diri setelah kalah dalam Perang Dunia Kedua.


Komunisme


a)Diperkenalkan oleh Karl Marx(Rusia), dan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin seperti Lenin(Rusia), Stalin(Rusia), dan Mao Tse Tung (China).
b)Mengamalkan prinsip faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna adalah milik bersama rakyat.
c)Slogan "sama rata, sama rasa".
d)Tidak percaya adanya tuhan.
e)Negara yang masih mengamalkan Korea Utara dan Cuba.


Sosialisma


a)Semua adalah hak milik negara.
b)Mengamalkan polisi tertutup seperti Negara Loas dan Myanmmar.


Sistem Kerajaan


Kerajaan Persekutuan


a)Kerajaan gabungan diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
b)Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
c)Setiap peringkat mempunyai kuasa atonomi masing-masing dalam bidang perundangan.
d)Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang mutlak dalam hal ehwal luar negara dan hal umum.
e)Kerajaan Negeri - tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.
f)Tiada pihak mempunyai kuasa menindas satu sama lain.
g)Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India dan Malaysia.


Kerajaan Kesatuan


a)Kerajaan gabunagan beberapa buah negeri.
b)Kerajaan pusat mempunyai kuasa mutlak.
iv)Mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri.
c)Britain, New Zealand, Denmark, Perancis dan Indonesia.


Kerajaan Konferadasi


a)Persepakatan antara kerajaan pusat dan negeri.
b)Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad.
c)Kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad.
d)Perjanjian yang longgar contohnya Konfendrasi Jerman Utara (1867- 1871)
e)Kini kerajaan ini tidak wujud.


Bentuk Negara


Monarki


a)Raja Menjadi ketua negara.
b)Raja mempunyai kuasa pada negara sepenuhnya.
c)Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat raja atau sultan
d)Warisan berdasarkan keturunan.
e)Arab Saudi, Kuwait dan Brunei.



Republik


a)Diperintah oleh Ketua Negara iaitu president dari kalangan rakyat biasa.
b)Mengamalkan konsep demokrasi, president dilantik melalui pilihanraya.
c)Tidak mempunyai Raja.
d)Boleh mengamal Sistem president atau separa president.
e)Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Perancis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.
f)Sistem president:
1)Ketua Negara dan Ketua Kerajaan.
2)President bertanggungjawab mentadbir negara.
3)Dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihanraya.
4)Amerika Syarikat, Philippine, Indonesia dan Korea Selatan.
g)Separa president:
1)President tetapi bukan lah menjadi ketua negara.
2)Perdana Menteri - Ketua Kerajaan.
3)President dan Perdanan Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, hanya bidang kuasa diasingkan.
4)Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Russia, dan Peru.


Demokrasi


a)Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
b)Wakil dari Parti-parti politik yang berlainan.
c)Parti Politik yang mendapat majoriti rakyat, wakil yang paling banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan berkuasa membentuk kerajaan.
d)Konsep "Kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat".
e)Ciri-ciri Demokrasi;
1)hak asasi terjamin.
2)Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea.
3)Pilihanraya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4)Rakyat yang memenuhi syarat umum pilihanraya boleh mengundi dan berhak bertanding dalam pilihanraya umum.
5)Pegundian dilakukan secara sulit. (Undi adalah rahsia).
6)Kemenengan dalam pilihanraya adalah berdasarkan jumlah undi atau majoriti yang terbesar yang diperolehi.
f)Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
g)Dua bentuk pemerintahan. Sistem Raja Berperlembagaan atau Sistem Republik.
h)Raja Berpelembagaan - Malaysia, Thailand, Jepun dan Britain.
i)Sistem Republik - Singapura, India, Philippine, dan Amerika Syarikat.


Autokrasi


a)Negara yang diperintah oleh sesorang individu yang mempunyai kuasa mutlak.
b)Berlandaskan kekerasan, paksaan, dan ugutan untuk mengekalkan kuasa.


Konsep Pengasiangan Kuasa


Doktrin Pengasingan Kuasa


a)Idea Montesquieu ahli falsafah Perancis.
b)Kuasa pemerintahan dibahagiakan kepada 3 buah badan bebasa iaitu:
1)Badan Perundangan.
2)Badan Eksekutif.
3)Badan Kehakimam.
c)Ketiga-tiga badan ini mempunyai peranan masing-masing.
d)Tujugan Doktrin Pengasingan :
1)Mengelak pertindihan kuasa, tiada yang terlibat dalam pengurusan lebih dari satu kuasa.
2)Mengelak Penyalah gunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu.
3)Membolehkan sesebuah badan bertindak tanpa diganggu dan dipengarushi oleh badan yang lain.


Doktrin Pengasingan kuasa di Malaysia


a)Berbeza dengan doktrin pengasingan kuasa yang asal.
b)Menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.
c)Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
d)Tertaluk kepada perkara 39 iaitu;
'Kuasa eksekutif bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang Dipertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankon olehnya atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintahan kepada orang-orang lain.'
e)Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggota Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen)
yang menggubal undang-undang.
f)Diperingkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif disamping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.
g)Beberapa ciri negara Malaysia;
i)Mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak Westminster).
ii)Mempunyai raja berperlembagaan(Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong).
iii)Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri).
iv)Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
v)Mengamalkan konsep ketinggian Perlembagaan.
Konsep Organisasi dan Struktur Pentadbiran Kerajaan)


a)Tujuan;
1)Mencapai obkjektif yang telah ditetapkan.
2)Membahagikan tugas-tugas kerajaan suapaya dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
3)mengelakkan pertindihan kerja melalui penyelarasan.
4)menentukan bidang kuasa pejabat-pejabat petandbiran supaya mudah dikawal dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
b)Organisasi kerajaan bersifat birokasi;
1)Terdapat pembahagian dan pengkhususan kerja.
2)mempunyai hierarki atau lapisan kuasa yang bertingkat-tingkat.
3)Memepunyai peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur rasmi yang membebankan orang ramai.
4)Kakitangan Kerajaan yang berkhidmat dilantik sepenuh masa dan memepunyai tempoh perkhidmatan yang kekal dan berpencen.
5)Melibatkan Penyelenggaran fail yang banyak.




1 comment: