Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan ke 52






PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

Idependence means a lot not just freedom. It the true Malaysia 1 Malaysia embrace a good thing .. To much to describe beyond the word that can embrace Love Malaysia Love 1 Malaysia ... 52years Of excellent ..

Warisan - By Sudirman

Saturday, August 8, 2009

!!Masa itu Berlalu pantas sekali ...

Sabtu Ahad
Sabtu tue aku dengan parent aku balik Melaka tengok rumah rindu dengan rumah .. Pergi petang so untuk makan malam tue aku bawa parent aku makan dekat Green Apple .. bapak aku suka nak try masak asam pedas dia best .. then aku makan roti john okey juga mak aku keow teow dia best then satay okey harga boleh tahan okey lokasi dia kat sebelah strait meredian hotel dekat dengan semabok dekat juga dengan pejabat Post bukit baru.

Minggu Kerja
Isnin tue aku nak mula kerja alah berat nya nak bangun .. Tapi sampai Office buat worksheet duplicate masih training harap aku dapat worksheet aku sendiri secepat mungkin thank kat Siti Banyak ajar .. eh he.. Soal yang aku dah catch up tue ada juga comparison itu dan ini tentang microscopic tue adehh pening tengok spermatozoa dan aphelitia tue harap-harap mata tak rabun .. ke ke apa-apa pun aku kena get ready baca method .. kalau fail nak kena repeat malu .. harap-harap tak begitulah .. kerja dengan seronok adalah budaya aku .. tak ada yang lebih menarik bekerja dengan gembira..


apa-apa pun aku tak akan lupa kimia melaka




Semalam jumaat balik tension bus lewat aduh kalau bulan puasa nanti aku harap pagi tue ta
k lewat begiatu juga dengan balik Semuga Allah memudahkan perjalanan ku ...